Terpanggil untuk mengupas isu ini selepas terbaca beberapa aduan yang dibaca di dalam blog2 dan laman sesawang yang lain. Walaupun bukan bidang kita, namun setiap insan pasti akan mengalami dan menghadapi dilema ini. Kadang2 dirasakan ianya adalah perkara yang mudah dan common sense je dalam hidup kita. Namun dari sudut praktikalnya pasti ada beberapa isu di dalam kehidupan wanita yang berumahtangga akan mengalami persoalan-persoalan ini.
Ianya akan jadi amat mudah dan tiada masalah bagi mereka yang mempunyai kehidupan yang aman damai tenang dan bahagia dari mula dilahirkan sehingga dewasa setelah itu berumahtangga, ada anak, cucu, cicit sehingga la mereka meninggal dunia. Apa pula yang berlaku kepada mereka-mereka yang memang Allah uji untuk menghadapi ketegangan dan pancaroba di dalam kehidupan mereka.
Dalam beberapa kes yang saya temui, sebagai orang Islam, walaubagaimanapun cara hidup mereka, pasti penyelesaiannye akan kembali kepada Al-Quran dan hadis. Pasti ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang pakar untuk membantu merungkai segala permasalahan mereka. Pendek kata, sememangnya manusia tidak bolah bongkak dengan menggunakan akal semata-mata ..Allah jua yang akan menyelesaikannya..
Berbalik kepada tajuk asal posting kali ini, Tanggungjawap anak perempuan selepas berumah tangga. Mungkin disini kita boleh kategorikan kepada beberapa point. Yang pertama tanggungjawap kepada Allah dan Rasul seterusnya kepada suami, yang kedua kepada anak-anak, yang ketiga kepada Ibubapa. Keempat kepada masyarakat dan yang kelima kepada negara.
Orang perempuan jika hendak membeli syurga amat mudah sekali. Cukuplah hanya dengan mentaati kepada Allah dan Rasul dan patuh dan taat kepada suaminya. Itu sudah cukup menjamin untuknya untuk masuk syurga...dengan memilih mana-mana pintu syurga untuk dimasuki. Dalil ini amat kukuh dengan hadis Rasulullah SAW yang menyebut :-
Wanita sekiranya dia sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga auratnya serta taat pada suaminya maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. ( Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik)
Bukan mudah untuk melayari rumahtangga apatah lagi untuk taat pada seorang lelaki yang baru muncul dalam hidup seorang wanita. Mengenal hati budi masing-masing, melayani kehendaknya, menurut segala perintahnya selagimana tidak melanggar syariat, semua itu amat payah dilaksanakan. Tuntutan di dalam Islam, kewajipan isteri hanya melayan suaminya sahaja, kerja-kerja lain tidak wajib baginya sehinggalah suaminya memerintahkan berbuat demikian. Sebab apa, sebab harga syurga itu amat mahal harganya. Walaupun pada teorinya amat mudah, praktikalnya amat payah untuk dilaksanakan. Jadi, setelah berumahtangga tiket untuk wanita ke syurga ada pada suaminya bukan lagi di bawah telapak kai ibunya.
Dalam menuruti perintah ibubapanya pula, apabila sudah berumahtangga seorang wanita wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak) selagi ada hayat mereka di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Dalam ertikata, wajib berbuat baik dan berbakti kepada ibubapa adalah berterusan sehinggalah hujung nyawanya. Jika hanya dengan kita kerap melawat dan menjengah mereka sudah cukup membahagiakan hati mereka, maka lakukanlah. Jika berkemampuan bantulah sekadar yang munasabah. Pasti kita boleh lakukan tidak kira berapa jumlah pun yang kita beri yang penting niat kita kerana Allah Taala dan ibubapa Insyaallah akan mendoakan agar kita dimurahkan rezeki serta diberkati Allah SWT.
Pada masa kini kebanyakan wanita mempunya kerjaya yang baik, seharusnya untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara dan membesarkan mereka selama ini. Walaubagaimana pun sebelum apa-apa bantuan yang ingin diberikan, isteri perlulah meminta keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.
Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga. (HR At-Tirmidzi)
Wallahualam...semoga memberi manfaat kepada semua
No comments:
Post a Comment