Tuesday, February 22, 2011
TANGGUNGJAWAP ANAK PEREMPUAN SELEPAS BERKAHWIN
Ianya akan jadi amat mudah dan tiada masalah bagi mereka yang mempunyai kehidupan yang aman damai tenang dan bahagia dari mula dilahirkan sehingga dewasa setelah itu berumahtangga, ada anak, cucu, cicit sehingga la mereka meninggal dunia. Apa pula yang berlaku kepada mereka-mereka yang memang Allah uji untuk menghadapi ketegangan dan pancaroba di dalam kehidupan mereka.
Dalam beberapa kes yang saya temui, sebagai orang Islam, walaubagaimanapun cara hidup mereka, pasti penyelesaiannye akan kembali kepada Al-Quran dan hadis. Pasti ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang pakar untuk membantu merungkai segala permasalahan mereka. Pendek kata, sememangnya manusia tidak bolah bongkak dengan menggunakan akal semata-mata ..Allah jua yang akan menyelesaikannya..
Berbalik kepada tajuk asal posting kali ini, Tanggungjawap anak perempuan selepas berumah tangga. Mungkin disini kita boleh kategorikan kepada beberapa point. Yang pertama tanggungjawap kepada Allah dan Rasul seterusnya kepada suami, yang kedua kepada anak-anak, yang ketiga kepada Ibubapa. Keempat kepada masyarakat dan yang kelima kepada negara.
Orang perempuan jika hendak membeli syurga amat mudah sekali. Cukuplah hanya dengan mentaati kepada Allah dan Rasul dan patuh dan taat kepada suaminya. Itu sudah cukup menjamin untuknya untuk masuk syurga...dengan memilih mana-mana pintu syurga untuk dimasuki. Dalil ini amat kukuh dengan hadis Rasulullah SAW yang menyebut :-
Wanita sekiranya dia sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga auratnya serta taat pada suaminya maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. ( Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik)
Bukan mudah untuk melayari rumahtangga apatah lagi untuk taat pada seorang lelaki yang baru muncul dalam hidup seorang wanita. Mengenal hati budi masing-masing, melayani kehendaknya, menurut segala perintahnya selagimana tidak melanggar syariat, semua itu amat payah dilaksanakan. Tuntutan di dalam Islam, kewajipan isteri hanya melayan suaminya sahaja, kerja-kerja lain tidak wajib baginya sehinggalah suaminya memerintahkan berbuat demikian. Sebab apa, sebab harga syurga itu amat mahal harganya. Walaupun pada teorinya amat mudah, praktikalnya amat payah untuk dilaksanakan. Jadi, setelah berumahtangga tiket untuk wanita ke syurga ada pada suaminya bukan lagi di bawah telapak kai ibunya.
Dalam menuruti perintah ibubapanya pula, apabila sudah berumahtangga seorang wanita wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak) selagi ada hayat mereka di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Dalam ertikata, wajib berbuat baik dan berbakti kepada ibubapa adalah berterusan sehinggalah hujung nyawanya. Jika hanya dengan kita kerap melawat dan menjengah mereka sudah cukup membahagiakan hati mereka, maka lakukanlah. Jika berkemampuan bantulah sekadar yang munasabah. Pasti kita boleh lakukan tidak kira berapa jumlah pun yang kita beri yang penting niat kita kerana Allah Taala dan ibubapa Insyaallah akan mendoakan agar kita dimurahkan rezeki serta diberkati Allah SWT.
Pada masa kini kebanyakan wanita mempunya kerjaya yang baik, seharusnya untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara dan membesarkan mereka selama ini. Walaubagaimana pun sebelum apa-apa bantuan yang ingin diberikan, isteri perlulah meminta keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.
Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga. (HR At-Tirmidzi)
Wallahualam...semoga memberi manfaat kepada semua
Monday, February 14, 2011
Tuesday, February 8, 2011
LAGU TEMA KAKAK
Seminggu yang lalu kakak ada lagu tema. diratib-ratibnye lagu tu berulang kali gara2 abi x nak bawa dia naik keretapi..
"Abi mohamad suhaimi dia kedekut sangat x nak bawak kakak naik ketapi"
"abi mohamad suhaimi dia kedekut sangat x nak bawak kakak naik ketapi"
haha...
akhirnya ahad yang lalu kami pun cari le masa bawak kakak dan adik2 nye naik keretapi. Saje nak pujuk dia. kami pun x de arah tujuan. naik lrt putra dari setiawangsa turun kat klcc. ronda2 sikit dlm klcc lps tu balik semula naik ketapi....jadi perjalanan agak jauh gak la klu naik putra ni.. alhamdulillah..tercapai gak hajat kakak
akhirnye lagu tema kakak dah berubah..lepas turun je dr ketapi dia buat lagu lain plak
"Abi mohamad suhaimi dia baik sangat bawak kakak naik ketapi"
hihihi...
tak sempat nak tangkap gambar kakak ms first time naik ketapi hr tu...betapa kembangnye hati dia..kembang kempis idung...
macam x pernah naik je..
sebenarnye dah pernah naik pun sblm ni
tp dah lama x naik tu yg dia marah tu
macam2 budak2 zaman skrg ni
moga kakak jadi anak yang baik solehah dan bijak
Saturday, January 22, 2011
Nasyid: Indah Hidup Bersama Ilahi. Nadamurni
Penyanyi: NadaMurni
Tajuk Lirik Lagu: Indahnya Hidup Bersama Ilahi
alangkah indah hidup ini
hidup bersama Ilahi
kehendak Allah difahami
pandai menerimanya [2x]
bijak menggunakan nikmatnya
ia dianggap ibadah
semua diberi pahala
tarbiyah Allah berhikmah
sabar dengan ujian tanpa hisab akan diganjari
nikmat yang diberi memnudahkan untuk berbakti
merasai pemberian Nya itulah tambah bersyukur
[ Indahnya Hidup Bersama Ilahi lyric found on www.lirik.my ]
akan ditambah lagi nikmat yang diberi
terseksa bermujahadah kerana ingin menempuh jalan
untuk menuju Allah panduannya Allah tunjukkan
korban harta fisabillah agar berdaulat kalimatullah
setiap kebajikan 700 digandakan
tawakkal kepada Ilahi terutama mengenai rezeki
tanpa ragu-ragu walaupun sedikit ada jaminan pembelaan dari Nya
bila takwa pakaian kita
urusan kita dimudahkan
kerana kita sudah menjadi ahlillah
begitu indah hidup bersama Tuhan
Tuesday, January 18, 2011
TANDA ALLAH SAYANG...INSYAALLAH
Berkenaan dengan babyku yang demam ini, sebelum dia demam aku cuba mengelak agar dia tidak terkena. Tapi apakan daya, anak ku yang sorang ni memang pandai orgnya. kalau uminye ada dirumah jgn haraplah dia nak minum susu pakai botol. Nak tak nak terpaksalah mendedahkan diri pada baby juga akhirnya. huhu..
Aku berharap, inilah salah satu tanda Allah sayangkan kami sekeluarga dengan mendatangkan penyakit yang Allah jua beri sebagai peringatan buat kita semua. Aminn.....
