Semua makhluk Allah dimuka bumi ini diberi nikmat dan kebolehan yang tersendiri. Mesti ada yang mungkin kita sendiri tidak sedar akan kebolehan dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita. Samada perlu atau tidak perlu diasah bergantung juga kepada kemahuan dan kesedaran diri masing-masing. Jika seseorang itu pandai untuk memanipulasikan kelebihan yang mereka ada, sudah tentu boleh mendatangkan faedah dan keuntungan kepada mereka.
Ada orang pernah berkata..kekadang seseorang itu bila berkata atau menulis orang tak faham apa yang dicakap atau dituliskan, sedangkan tuan empunya diri cuba menyampaikan dgn sepenuh hatinye..bukan nak bg org paham sgt pun tapi nak keluarkan apa yang berada di dalam benak hati nya yang sedang berkata. Kalau ada yang memperlekehkan mereka saya merasakan mereka itulah yang sebenarnya orang yang rugi. Orang-orang sebegini bukan lah mengikut kata hati..tapi mereka adalah orang yang Allah beri kelebihan yang boleh mendengar dan melihat melalui mata hati.. Ya benar... kadang-kadang kita perlu dengar dan melihat dari mata hati kita.
Sesiapa yang membaca blog ini saya ucapkan selamat datang dan selamat berkenalan serta ucapan terima kasih atas lawatan anda. Saya juga sudah lama di dalam dunia blog ini, cuma blog peribadi tidak pernah ada. jadi hari ini saya cuba untuk mengisi masa untuk mencuba berkongsi rasa, dan setidak-tidaknya dapat mengeluarkan apa yang hati saya sedang berkata-kata. Semoga memberi manfaat kepada semua terutama diri saya sendiri agar meluangkan masa dengan sebaiknya.
Saya merasakan dunia yang masanye semakin cepat berlalu menjadikan kita juga ingin mempercepatkan semua kerja dan aktiviti kita. Contohnya dunia blog ini yg lately ni semakin kurang popularnye kerana wujudnya dunia facebook yang lebih mudah untuk berkomunikasi dengan sahabat2. Sedangkan kita kurang untuk menulis di dalam facebook itu. Mereka2 yang ada dunia blog selama ini pun telah menggunakan masa nye lebih dgn "fb". lebih freindly dan more keep in touch dgn kawan-kawan.
Saya juga ada fb. kadang2 melalaikan. Yang bermanfaat pun byk dr sahabat2 yang memberi kebaikan jua. Bukan nak menafikan kebaikan tetapi nak memberitahu bahwa manusia sudah semakin malas nak menulis..Itu pandangan dan apa yang saya rasa sendiri.. jadi dari situlah wujudnya blog ini yang saya kira ianya adalah rasa hati saya yang rasa sunyi tetap hingar (bising) di dalam sana. Bila saya membiarkan dan tidak mempedulikan apa yang dikatakan akhirnya berkuburlah ia di dalam sana ataupun mungkin juga telah membusut dgn pelbagai masalah dan isu.
Wallahualam. Semoga blog ini boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri khasnya.
No comments:
Post a Comment