Tuesday, January 18, 2011

TANDA ALLAH SAYANG...INSYAALLAH

Hari ni seharian menghabiskan masa dirumah sahaja gara2 virus demam yang menular musim ini dah terkena kepada kami sekeluarga. Mula-mula kena kat kakak, pastu pada Umi dan skrg ni dah terkena kat baby. Kalau diri sendiri je yang kena mmg kugagahi juga pergi ke pejabat. Ini baby pulak yang demam, terpaksa menjalankan amanah menjaga dia di rumah sambil merawat diri sendiri merawat anak2 juga.

Berkenaan dengan babyku yang demam ini, sebelum dia demam aku cuba mengelak agar dia tidak terkena. Tapi apakan daya, anak ku yang sorang ni memang pandai orgnya. kalau uminye ada dirumah jgn haraplah dia nak minum susu pakai botol. Nak tak nak terpaksalah mendedahkan diri pada baby juga akhirnya. huhu..

Aku berharap, inilah salah satu tanda Allah sayangkan kami sekeluarga dengan mendatangkan penyakit yang Allah jua beri sebagai peringatan buat kita semua. Aminn.....

No comments:

Post a Comment